Thursday, November 8, 2012

TAHNIAH!

Seluruh warga SKSTD mengucapkan tahniah kepada Cikgu Nazirah bt Lidin @ Khlidin kerana  berjaya merangkul Naib Johan Amalan Terbaik P & P Prasekolah Peringkat Negeri Perak 2012 bagi Anugerah Khas Pendidikan Prasekolah.

Tahniah sekali lagi.
Syabas!
Cikgu Nazirah bt Lidin @ Khlidin - Naib Johan Amalan Terbaik P & P Prasekolah Peringkat Negeri Perak 2012  








Wednesday, November 7, 2012

KENYATAAN AKHBAR: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012

KENYATAAN AKHBAR
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012



Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.



Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

Thursday, October 18, 2012

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU TAHUN 1 DAN 2

Pentadbir Sistem SPPBS
 
  Dimaklumkan bahawa semua prestasi murid Tahun 1 dan Tahun 2 2012 perlu dimasukkan ke dalam SPPBS selewat-lewatnya pada 20 Nov 2012. Selepas tarikh ini, segala kemasukan prestasi tidak boleh dilaksanakan lagi, bagi memberi laluan kepada APDM melaksanakan proses 'Naik Kelas'.
Terima kasih.
 
    

Tuesday, October 16, 2012


JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012
(klik pada gambar untuk besarkan)

Monday, September 10, 2012

SELAMAT MAJU JAYA CALON UPSR TAHUN 2012 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Zainal Abiddin b. Osman   
                Peperiksaan atau ujian  ialah satu peristiwa yang sering mendebarkan calon. Perasaan tersebut tidak terbatas hanya kepada calon UPSR, PMR, SPM, STPM, malah juga para mahasiswa di pusat-pusat pengajian tinggi.
              Persediaan untuk peperiksaan bermula pada hari pertama murid mempelajari sesuatu mata pelajaran. Peperiksaan atau ujian ialah kemuncak atau sintaksis kemahiran belajar. Oleh itu, bagi merealisasikan kecemerlangan diri dalam menghadapi saat-saat genting yang penting ini, setiap calon hendaklah bersedia dengan mantap akan aspek mental. Semua calon mesti mempunyai keyakinan diri yang kuat dan perlu percaya bahawa setiap calon mempunyai potensi untuk cemerlang dan lulus dalam ujian atau peperiksaan.Kepercayaan diri sendiri yang positif akan menghilangkan rasa gementar.
             Kepada semua calon UPSR tahun 2012 yang akan menduduki ujian pada 11 September ini, suka saya ingatkan agar jagalah kesihatan dan dapatkan rehat yang cukup sebelum menduduki ujian.  Di samping itu, sila pastikan segala alat tulis telah tersedia dan mencukupi sepanjang masa ujian dijalankan. Jangan terlalu tertekan atau dalam keadaan ’stress’  pada saat-saat akhir ini. Semua calon diharapkan membaca dengan teliti soalan-soalan yang diajukan dan menjawabnya dengan tenang serta yakin. Calon, ibu bapa/penjaga dan guru juga perlu sentiasa peka dengan Jadual Peperiksaan yang telah dibekalkan agar persediaan lebih mantap dapat dirancang.
             Suka saya ingatkan sekali lagi agar semua calon mengambil sarapan yang seimbang lagi berkhasiat sebelum memasuki ke dalam dewan peperiksaan. Datanglah lebih awal ke sekolah bagi mengelakkan keadaan yang terburu-buru. Semua calon juga mestilah membaca dengan teliti format serta arahan kertas ujian tersebut dan jawab atau tulis dengan jelas. Semua calon juga dinasihatkan supaya jangan gementar.
             Selain itu, kepada semua calon, ibu bapa/ penjaga dan guru agar sentiasa berdoa untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Saya penuh yakin dan percaya semua usaha gigih yang telah kita sama-sama rancang dan jalankan pasti membuahkan hasil yang terbaik. Justeru, tinggilah harapan saya agar apa yang kita harapkan bersama-sama iaitu Ke Arah Hilir Perak Nombor 1, insyaallah akan berjaya. Usaha Tangga Kejayaan. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Selamat Maju Jaya.
Sekian, terima kasih.
Zainal Abiddin bin Osman, AMP
Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak

Sumber :  http://www.ppdhilirperak.edu.my

Saturday, August 18, 2012

 Doa Ramadan hari ke-28: "Ya Allah, penuhkan hidupku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta."



Doa Ramadan Hari Kedua Puluh Sembilan: "Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hatiku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman."


Thursday, August 16, 2012

 Doa Ramadan: Hari Kedua Puluh Enam

"Ya Allah, jadikan usahaku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosaku sebagai dosa yang diampuni, kebaikanku sebagai kebaikan yang diterima dan keaibanku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."



Doa Ramadan: Hari Kedua Puluh Tujuh

"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepadaku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maafku dan hapuskan dosa serta kesalahanku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."